10 September 2012

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew



MasyaAllah.  Hati saya sentiasa tersentuh bila mendengar sesi bersama Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew ini.  Semoga saya boleh mempraktikkan apa yang dikatakan oleh Uztaz.



'Islam itu hidup seperti air yang mengalir, sentiasa memberi manfaat...'

Saya dilahirkan dalam Islam namun penghayatan menjadi seorang Muslimin memerlukan ilmu dan amal.

Ya Allah, saya mohon rahmatMu dan keampunanMu...

05 September 2012

'Janji Ditepati' dan 'BR1M'



Slogan sambutan merdeka tahun ini '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' mengundang berbagai pertanyaan di fikiran saya:

  • Adakah janji untuk hadir ke sesuatu majlis tepat pada waktunya sentiasa ditepati oleh pemimpin kita?  Berapa banyak masa yang dibazirkan di majlis-majlis berkaitan di mana para hadirin yang 'dijemput khas' untuk hadir dan seterusnya terpaksa menunggu kehadiran pemimpin yang datang lewat.
  • Kenapakan di Malaysia berbagai acara melibatkan pemimpin sentiasa diadakan? Ada kalanya kos mengadakan majlis adalah lebih daripada kos program berkenaan. Contohnya, pemberian sumbangan BR1M adalah hanya RM500 satu keluarga, tetapi acara penyampaian oleh pemimpin melibatkan beribu hadirin, dengan kos khemahnya, liputan media dan sebagainya.
  • BR1M melibatkan lebih RM2 billion sumbangan kepada lebih 4.7 juta keluarga (sumber di sini.  Saya juga pernah melihat papantanda besar berhubung perkara ini). Sekiranya purata satu keluarga mempunyai 3 orang anggota keluarga, ini bermakna 14.1 juta penduduk Malaysia adalah penerima BR1M (secara langsung atau tidak langsung), iaitu lebih kurang 50% keseluruhan rakyat Malaysia.
  • Iklan berhubung BR1M memaparkan bahawa bantuan RM500 berkenaan cukup untuk semuanya - beli motor baru, beli baju sekolah anak-anak, beli kacamata baru, belanja perubatan dan sebagainya.  Padahal pada masa ini nilai RM500 tidaklah seberapa.


Sesungguhnya menjadi pemimpin adalah amanah Allah yang amat besar dan semestinya akan diperhalusi semasa di akhirat kelak.  Sedarlah bahawa dunia ini adalah pinjaman semata-mata dan akhirat adalah matlamat utama - pesanan terutamanya kepada diri yang serba kekurangan ini.

Ya Allah, saya mohon keampunanMu...