06 November 2013
Selamat Tahun Baru 1435H
Selamat Menyambut Tahun Baru 1435 Hijrah!
Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dari penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah dan berazam untuk terus memperbaiki diri, menghadapi ujian dunia untuk menghadapi kehidupan kekal abadi di alam akhirat.
Ya Allah, ampunkan dan maafkan segala kesalahanku dan kurniakan rahmat dan berkatMu ke atas hambaMu yang kerdil ini.
14 Oktober 2013
Selamat Hari Arafah dan Hari Raya Qurban
Telah lama tidak menulis.
Di hari yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Arafah pada semua. Pesanan, terutamanya untuk diri sendiri, untuk memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, di samping berdoa untuk mendapat rahmat Allah.
Salam Aidiladha dan bagi yang berkemampuan, lakukan ibadah qurban.
Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu!
04 Julai 2013
Ramadhan Mubarak
Hari ini 25 Syaaban 1434. Ramadhan Mubarak akan tiba kurang dari seminggu. Ya Allah, kami mohon keberkatan Rejab & Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan yang mulia. Mohon limpah rahmat dan belas kasihanMu untuk kami meningkatkan amal ibadah dalam bulan Ramadhan dan beristiqamah selalu.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya berdoa agar kita semua diberkati Allah dan dilimpahi rahmatNya.
Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu!
09 Mei 2013
PRU13
Ya Allah, kami mohon perlindungan dan rahmatMu akan negara kami terus aman tenteram. Tetapkanlah hati kami dalam Islam semoga kami beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, dengan limpah rahmatMu.
PRU13 telah beberapa hari berlalu. Semoga semua pihak tidak bertindak di luar batasan.
Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu.
17 Januari 2013
Masa dan Nikmat Allah
Betapa cepatnya masa berlalu. Awal Muharram 1434H seperti baru sahaja, namun hari ini sudah 5 Rabiulawal 1434 (05/03/1434H). Tahun baru masihi 01/01/2013 sudah 17 meninggalkan kita. Bagi saya, masa begitu cepat berlalu dan penghujung semakin hampir, satu ketentuan yang tidak dapat dielakkan oleh sesipapun.
Namun adakah saya mempergunakan masa, yang berlalu sebegitu pantas ini, sebaik-baiknya? Apakah saya dapat memenuhkan masa yang berlalu dengan melaksanakan amal ibadat semoga Allah memberikan rahmat dan redhaNya? Namun begitu, rahmat Allah juga yang membolehkan saya terus bernafas untuk menghambakan diri kepadaNya. Memang, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu.
Langgan:
Catatan (Atom)