28 Ogos 2012

400 Pemimpin Masyarakat ditaja menunaikan Haji



Saya membaca ini di The Star di mana 400 pemimpin masyarakat berpeluang menunaikan fardhu haji pada tahun ini dengan penajaan bersama Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Yayasan 1Malaysia. Sejumlah RM6 juta diperuntukan untuk mereka ini, atau RM15,000 seorang, bermakna dapat 'pocket money' lagi.

Tahniah kepada mereka kerana berpeluang untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima ini dan di bawah tajaan pula.  Namun saya terfikir berhubung:
 - kriteria pemilihan mereka;
 - kuota 400 berkenaan bermakna 400 bakal haji yang menunggu tidak dapat menunaikan haji kali ini;
 - adakah mereka ini tidak pernah menyimpan sedikit demi sedikit di LTH bagi tujuan menunaikan haji sehinggakan peruntukan RM15,000 seorang disediakan untuk mereka? Seharusnya mungkin sebahagian sahaja yang ditaja, manakala yang lain ditanggung sendiri.  Bukankah mereka ini pemimpin masyarakat, yang sepatutnya memberikan contoh kepada masyarakat supaya mula menyimpan bagi tujuan menunaikan haji seawal mungkin?

Saya rasa mungkin 400 orang ini dan keluarga akan berterima kasih, manakala 4,000 orang yang lain dan keluarga (iaitu mereka yang tidak terpilih) akan merasa tidak berpuas hati.

Ya Allah, saya mohon keampunanMu...

24 Ogos 2012

Salam Aidilfitri 1433H



Pada tanggal 6 Syawal 1433H ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua Muslimin dan Muslimat.  Semoga kita berkesempatan untuk bertemu 1 Syawal 1434H dan kem ibadat semasa Ramadhan yang baru berlalu telah berjaya melatih kita untuk berterusan melakukan ibadat sepanjang tahun.

Ya Allah, saya mohon keampunanMu...

09 Ogos 2012

10 Hari Terakhir Ramadhan 1433H


Tinggal 10 hari sahaja lagi Ramadhan 1433H dan bulan yang penuh berkat ini akan meninggalkan kita semua tidak lama lagi.  Saya berpesan kepada diri saya sendiri untuk melipatgandakan ibadah pada 10 hari Ramadhan terakhir ini agar ianya diterima oleh Allah SWT. Ya Allah, saya bertaubat kepadaMu dan ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa ahli keluargaku, dosa-dosa Muslimin dan Muslimat semua, samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah, saya bersyukur atas limpahan nikmatMu dan berikan peluang untuk kami semua mendapat Lailatul Qadar, malam yang LEBIH baik daripada seribu bulan.  Janganlah jadikan kami orang-orang yang rugi di Ramadhan ini.







Ya Allah, saya mohon keampunanMu...


27 Julai 2012

Berbuka Puasa di Masjid



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah memanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan sekali lagi.  Hari ini adalah hari ke tujuh Ramadhan dan telah berbuka puasa di masjid setiap hari sepanjang enam hari pertama Ramadhan.

Subhanallah juga kerana Allah membukakan hati anak-anak yang tidak seberapa umurnya untuk mengikut berbuka puasa di masjid - tanpa mengira juadah yang terhidang di rumah.  Setiap hari kami saling ingat-mengingat untuk bergerak ke masjid bila jam sudah menunjukkan 7.10pm.

Terima kasih tidak terhingga kepada Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim yang kerap memberi ingatan berhubung perkara ini.  Dapatkan kami bersembahyang Maghrib berjemaah di masjid disamping menambah jumah sedekah hasil penjimatan kerana tidak berlebih-lebihan bab makan.

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kami sekeluarga dan umat Islam seluruhnya.

Ya Allah, saya mohon keampunanMu...

20 Julai 2012

Ramadhan Mubarak!


Kepada semua muslimin dan muslimat, selamat meyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan kebaikan.  Marilah kita bersama-sama merebut peluang yang terbuka luas untuk melakukan amal-ibadah sebaik mungkin, semata-mata kerana Allah.



Ya Allah, saya mohon keampunanMu!


10 Julai 2012

Bangun Malam



Saya sentiasa mengikuti blog Prof Dr Muhd Kamil - tidak putus memberi peringatan untuk saya untuk terus berusaha menjadi insan terpilih.

Namun demikian, saya amat berharap agar saya diberi rahmat Allah untuk setiap hari bangun malam untuk mengerjakan ibadah - paling tidak solat dua rakaat.

Ya Allah, saya mohon keampunanMu...

09 Julai 2012

Kematian



Malam tadi saya bermimpi dan saya dapat mengingati yang ianya melibatkan abang saya yang telah pulang ke Rahmatullah.  Selalunya, saya tidak dapat mengingati mimpi-mimpi saya.  Kali ini ianya jelas dalam ingatan.  Secara ringkasnya, dalam mimpi itu saya telah tersesat jalan dan arwah abang saya telah menunjukkan jalan yang sepatutnya saya ambil.  Allah Maha Besar. Arwah abang saya memang selalu menjadi rujukan adik-beradik jika ingin bermusafir kerana beliau rajin berkunjung ke seluruh pelusuk tanahair.

Teringatkan mimpi berkenaan membuatkan saya berasa risau yang amat sangat.  Apakah cukup apa yang saya lakukan untuk bekal di hari pembalasan.  Adakah taubat saya diterima Allah?  Kandungan surah At Takaathur perlu dihayati:
Bismillah









Dua kali kita diberi amaran untuk tidak lalai melakukan amalan disebabkan kehidupan dunia, yang hanya sementara ini.

Semoga petunjuk jalan yang betul oleh arwah abang saya dalam mimpi saya malam tadi akan terus memberikan ingatan saya berhubung kematian dan meningkatkan amalan saya semata-mata kerana Allah.

Ya Allah, saya mohon keampunanMu...