13 Mei 2015
Selamatkanlah kami semua...
Cross-default on the total RM42bil loan?
Extract from the report:
Should the lenders call a default of the loan, 1MDB could be faced with a situation of a cross default on the rest of its debts of RM42bil.
Ya Allah, selamatkan kami semua...
11 Mei 2015
Pengeluaran & pemberhentian potongan bulanan Tabung Haji
Segala pujian hanya untuk Allah. Telah dapat mengeluarkan simpanan, sedikit yang ada, di dalam Tabung Haji sebentar tadi. Turut juga membuat pemberhentian potongan bulanan gaji ke Tabung Haji.
Semoga Allah menyelamatkan dan mengampunkan kita semua, hamba-hambaNya yang lemah ini.
22 April 2015
'The death of the BN?' - by NST?!
Read this from NST just now, it is true? The death of the BN?
NST has since then corrected the article...
06 November 2013
Selamat Tahun Baru 1435H
Selamat Menyambut Tahun Baru 1435 Hijrah!
Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dari penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah dan berazam untuk terus memperbaiki diri, menghadapi ujian dunia untuk menghadapi kehidupan kekal abadi di alam akhirat.
Ya Allah, ampunkan dan maafkan segala kesalahanku dan kurniakan rahmat dan berkatMu ke atas hambaMu yang kerdil ini.
14 Oktober 2013
Selamat Hari Arafah dan Hari Raya Qurban
Telah lama tidak menulis.
Di hari yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Arafah pada semua. Pesanan, terutamanya untuk diri sendiri, untuk memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, di samping berdoa untuk mendapat rahmat Allah.
Salam Aidiladha dan bagi yang berkemampuan, lakukan ibadah qurban.
Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu!
04 Julai 2013
Ramadhan Mubarak
Hari ini 25 Syaaban 1434. Ramadhan Mubarak akan tiba kurang dari seminggu. Ya Allah, kami mohon keberkatan Rejab & Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan yang mulia. Mohon limpah rahmat dan belas kasihanMu untuk kami meningkatkan amal ibadah dalam bulan Ramadhan dan beristiqamah selalu.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya berdoa agar kita semua diberkati Allah dan dilimpahi rahmatNya.
Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu!
09 Mei 2013
PRU13
Ya Allah, kami mohon perlindungan dan rahmatMu akan negara kami terus aman tenteram. Tetapkanlah hati kami dalam Islam semoga kami beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, dengan limpah rahmatMu.
PRU13 telah beberapa hari berlalu. Semoga semua pihak tidak bertindak di luar batasan.
Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu.
Langgan:
Catatan (Atom)
