20 Jun 2012

Aqidah dan Amalan Ibadah


Saya berpeluang mendengar program YBhg Prof Dr Muhaya Mohamad di IKIMfm pagi tadi dan saya ingin berkongsi apa yang saya perolehi dari beliau:

Amalan ibadah akan menjadi sangat enak dan mudah sekiranya kita ada aqidah.  Alhamdulillah, kita amat bertuah kerana dilahirkan beragama Islam - satu nikmat yang tidak ternilai.  Namun demikian, kebanyakan kita 'disuruh' untuk melakukan amalan ibadah semasa kecil, tanpa mendalami aqidah.  Oleh yang demikian, kebanyakan amalan ibadah yang dilakukan terasa amat payah dan tidak terkesan di hati.  Oleh yang demikian, Dr Muhaya memberi contoh supaya ibubapa menceritakan kebesaran Allah SWT kepada anak-anak sebagai 'bedtime stories'. Anak yang baru bangun tidur juga harus diingatkan bahawa "Alhamdulillah kita masih bernafas dan ruh dipulangkan ke badan kita oleh Allah SWT."  Ini akan dapat meningkatkan aqidah dan secara langsung akan menjadikan anak-anak merasa enak melakukan amalan ibadah.

Semoga saya dapat mempraktikan saranan beliau dan dapat mendidik anak-anak yang soleh, insyaAllah.

Ya Allah, saya mohon keampunanMu...

17 Jun 2012

Israk & Mikraj


Di sana-sini, di surau dan masjid, berbagai aktiviti berkaitan Israk & Mikraj sedang berjalan. Alhamdulillah, saya berpeluang mendengan ceramah Israk & Mikraj malam tadi di mana penceramah menyampaikan agar kita dapat melihat peristiwa besar ini dari dua sudut, iaitu:

1. Hadiah Allah SWT kepada Rasulullah (SAW) untuk menggembirakan baginda berikutan kematian dua orang yang sangat baginda kasihi pada tahun itu (yang juga dikenali sebagai Tahun Kesedihan), pakcik baginda Abu Thalib dan tidak lama kemudian, isteri baginda Saidatina Siti Khadijah binti Khuwailid.

2. Membuktikan pengiktirafan yang teragung kepada Rasulullah (SAW) sebagai Penghulu segala nabi dan rasul. Penceramah menceritakan apabila Rasulullah (SAW) tiba di Baitul Maqdis, para nabi terdahulu telah sedia menanti. Rasulullah (SAW) langsung mengerjakan solat tahyatul masjid dan kemudian Malaikat Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.

Sekadar berkongsi, semoga ianya menjadi ilmu bermanfaat kepada saya dan semua yang membaca.



Ya Allah, saya mohon keampunanMu...

15 Jun 2012

Berubah


Mulai hari ini, blog ini berubah – semoga saya sentiasa patuh dan taat kepada Allah. Saya mohon keampunanNya dan keampunan semua sekiranya ada catatan-catatan sebelum ini yang telah menyinggung perasaan sesiapa sahaja. Saya insan yang lemah dan tidak mungkin terlepas dari melakukan kesalahan. Saya mohon keampunan!

Blog ini juga bertukar bahasa, kerana lebih mudah untuk saya berbahasa Melayu, bahasa ibunda saya. Terdapat juga catatan-catatan yang telah saya padamkan.

Ya Allah, saya mohon keampunanMu…

12 April 2012

Daulat Tuanku


Daulat Tuanku! Congratulations to the Sultan of Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, on his installation as our 14th Yang di-Pertuan Agong yesterday.

And thank you for the extra public holiday too!

(picture from Star Online)

19 Ogos 2011

2 x 5

I'm having a feeling that we're now living in the same era as when Pak Lah was our PM. MAS-AirAsia deal, unstability in the stock market, denial that Malaysia is not affected by international events, reduction in crime rate (although almost every new development in KL is 'gated development'), PEMANDU/TERAJU/UNIK/AIM/MRT CO vs. PRASARANA, etc. etc.

Maybe I'm just hungry as I'm fasting at the moment. What do you think?

17 Ogos 2011

4 branches within 1 square km

Thought this bit of info is very interesting:

Do you know that Hong Leong Bank has 4 branches within 1 square km - pursuant to their merger with EON Bank - in and around Puchong Jaya & Pusat Bandar Puchong.

1. Hong Leong, 14 Jalan Kenari 1, 47100 Puchong
2. Hong Leong (Eon Bank), 26 Jalan Kenari 1, 47100 Puchong
3. Hong Leong, 48 Jalan Bandar 3, 47100 Puchong
4. Hong Leong (Eon Bank), 3 Jalan Bandar 1, 47100 Puchong


View Larger Map

Talk about service to customers!

p/s: there might be higher concentration of branches somewhere else...

31 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak to all Muslims!

May the holy month of Ramadhan bring out the best in all of us.