06 November 2013

Selamat Tahun Baru 1435H



Selamat Menyambut Tahun Baru 1435 Hijrah!

Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dari penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah dan berazam untuk terus memperbaiki diri, menghadapi ujian dunia untuk menghadapi kehidupan kekal abadi di alam akhirat.

Ya Allah, ampunkan dan maafkan segala kesalahanku dan kurniakan rahmat dan berkatMu ke atas hambaMu yang kerdil ini.



14 Oktober 2013

Selamat Hari Arafah dan Hari Raya Qurban




Telah lama tidak menulis.

Di hari yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Arafah pada semua. Pesanan, terutamanya untuk diri sendiri, untuk memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, di samping berdoa untuk mendapat rahmat Allah.

Salam Aidiladha dan bagi yang berkemampuan, lakukan ibadah qurban.

Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu!

04 Julai 2013

Ramadhan Mubarak

 



Hari ini 25 Syaaban 1434. Ramadhan Mubarak akan tiba kurang dari seminggu.  Ya Allah, kami mohon keberkatan Rejab & Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan yang mulia. Mohon limpah rahmat dan belas kasihanMu untuk kami meningkatkan amal ibadah dalam bulan Ramadhan dan beristiqamah selalu.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya berdoa agar kita semua diberkati Allah dan dilimpahi rahmatNya.

Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu!



09 Mei 2013

PRU13




Ya Allah, kami mohon perlindungan dan rahmatMu akan negara kami terus aman tenteram. Tetapkanlah hati kami dalam Islam semoga kami beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, dengan limpah rahmatMu.

PRU13 telah beberapa hari berlalu. Semoga semua pihak tidak bertindak di luar batasan.

Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu.

17 Januari 2013

Masa dan Nikmat Allah




Betapa cepatnya masa berlalu.  Awal Muharram 1434H seperti baru sahaja, namun hari ini sudah 5 Rabiulawal 1434 (05/03/1434H).  Tahun baru masihi 01/01/2013 sudah 17 meninggalkan kita.  Bagi saya, masa begitu cepat berlalu dan penghujung semakin hampir, satu ketentuan yang tidak dapat dielakkan oleh sesipapun.

Namun adakah saya mempergunakan masa, yang berlalu sebegitu pantas ini, sebaik-baiknya?  Apakah saya dapat memenuhkan masa yang berlalu dengan melaksanakan amal ibadat semoga Allah memberikan rahmat dan redhaNya? Namun begitu, rahmat Allah juga yang membolehkan saya terus bernafas untuk menghambakan diri kepadaNya.  Memang, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, hambaMu ini memohon keampunanMu.

22 November 2012

Muharram 1434




Telah lama saya tidak menulis di sini.  Tahun baru Islam telah bermula, dan begitu juga cuti sekolah di Malaysia.

Muharram 1434 bermula, tetapi saya tewas dalam beberapa minggu ini menghadapi cabaran kehidupan yang hanya sementara ini. Keduniaan membuatkan berbagai amalan ditinggalkan dan diketepikan. Saya memohon rahmat dan belas kasihan Allah untuk memberikan saya kekuatan beristiqamah dalam beribadat.

Ya Allah, hambaMu yang kerdil ini memohon keampunanMu!

10 September 2012

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew



MasyaAllah.  Hati saya sentiasa tersentuh bila mendengar sesi bersama Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew ini.  Semoga saya boleh mempraktikkan apa yang dikatakan oleh Uztaz.



'Islam itu hidup seperti air yang mengalir, sentiasa memberi manfaat...'

Saya dilahirkan dalam Islam namun penghayatan menjadi seorang Muslimin memerlukan ilmu dan amal.

Ya Allah, saya mohon rahmatMu dan keampunanMu...