28 Februari 2007

Janji Tinggal Janji

Bercakap mengenai janji... (ini berlaku di tempat kerja)

Amat mudah apabila berjanji namun untuk menepati janji tidaklah semudah yang dijangka. Berbagai alasan diberi, termasuk:
  • memerlukan masa yang lebih kerana tidak menyangka yang ianya memerlukan pertimbangan yang lebih mendalam; dan
  • dipanggil untuk tugas lain secara tiba-tiba.

Jika ini yang berlaku di pihak atasan, apalagi pihak bawahan. Mungkin, kita boleh mengatakan bahawa kita tidah dapat menyiapkan sesuatu tugasan kerana terpaksa bermesyuarat atau berbagai alasan lain.

Namun, tarikh baru telah diberi. Kita tunggu dan lihat!

Tiada ulasan: